Apa Yang Best?

Biasanya banyak buku sirah-sirah nabi yang kita nampak dikhaskan untuk kanak-kanak kan? Akan tetapi buku 30 Cerita & 30 Hari ini dikhaskan untuk pelbagai peringkat pembaca terutama sekali golongan dewasa.

Psikologi Si Kecil

Setiap anak tidak datang dengan manual dan tiada butang reset sekiranya kita tersilap. Namun, ini tidak bermaksud anda perlu redah perjalanan ini dalam gelap.

Jejak Rahsia Bayangan Tersembunyi

Ketegangan tanpa henti yang membuatkan anda terteka-teka sehingga halaman terakhir

Bedah Buku Apa Hari Ini?

Buku ini sangat bagus untuk orang-orang yang ada masalah tidur, ahli keluarga atau kawan-kawan yang ada isu dengan tidur, atau nak tambah lagi ilmu pengetahuan pun boleh!

Cahaya Di Langit Gaelic

SKU: CDLG Category: Tags: ,

RM30.00

Di manakah tangan mampu memaut bila talinya terputus tidak bersambung.

Di manakah jiwa mahu pulang jika tidak pernah mengenali Tuhan yang menciptanya.

Di bawah hamparan langit Gaelic, Nuraiman Amni berusaha untuk memahami simbiosis yang berlaku dalam hidupnya menerusi titik-titik pertemuan yang telah Tuhan rencanakan.

Di manakah hati mampu berpaut bila dahannya tiada.

Out of stock

Nuraiman Amni, seorang gadis biasa dari keluarga sederhana tetapi mempunyai impian luar biasa. Ada orang katakan untuk berjaya, kita perlu ada latar belakang keluarga yang bukan biasa-biasa. Nuraiman Amni percaya, maksud mereka bukan biasa-biasa itu adalah semangat dan ketelusan dalam pengharapan kepada Tuhan.

Cahaya Di Langit Gaelic  mengisahkan sosok gadis bernama Nuraiman Amni dalam mengharungi cabaran hidup millenial di benua Eropah. Berbekalkan semangat dan pengharapan yang tak pernah putus kepada Tuhan, Nuraiman cuba merealisasikan impian untuk bergelar graduan luar negara walaupun tanpa tajaan biasiswa.

Di bumi Shamrock itu juga dia belajar tentang erti hidup bertuhan yang hakiki menerusi pertemuannya dengan Mikel dan Vivian. Tak mudah menyarungkan pakaian Muslim di Eropah tapi tak bermakna harus dibiar terjajah.

Cahaya Di Langit Gaelic adalah sebuah kisah kehidupan dalam memaknai cinta, meneroka cita-cita dan teguh beragama.

Additional information

Weight 0.5 kg
Pages

325

Types

Paperback