Maafkan saya, anak saya ini Autisme. Si ibu itu berbisik perlahan apabila melihat reaksi kawannya itu yang seperti hairan memerhatikan anaknya. Berpusing-pusing badan, menikmati masa bersendirian dan mengipas tangan sambil ketawa keriangan. Pelik. Tak seperti kanak-kanak normal yang lain.Pandangan orang sekeliling yang memerhatikan anak pelik ini menjadi perkara biasa buat si ibu itu. Ada yang menunjuk-nunjuk dengan jari, ada yang merenung penuh kehairanan, namun paling menyedihkan apabila ada yang berbisik-bisik, mengatakan beliau bukan seorang ibu yang baik kerana tak dapat dijinakkan perangai pelik anak.
Autisme. Pelik atau unik? Buku ini berkongsi informasi, tip dan rahsia dalam memahami kepelikan anak unik ini, daripada perspektif seorang graduan Psikologi dan berkerjaya sebagai Terapis Kanak-kanak Istimewa. Catatan diari yang penuh warna-warni spektrum pelangi dan bukan sekadar hitam dan putih.